| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sehari Dipenjara Sempena Kempen Zakat Dihati Anjuran Lembaga Zakat Selangor Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 2019

Program Sehari Dipenjara Sempena Kempen Zakat Dihati Anjuran Lembaga Zakat Selangor Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 2019 telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat, 22 November 2019. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang bertempat di Surau Penghuni, Penjara Sungai Buloh. Antara pengisian ialah perarakan Maulidurrasul, Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk “Kembali Fitrah” dikendalikan oleh PU Suhaimi Bin Mohd Yunus, Maulana Wan Helmi Bin Wan Chi, Saudara Adam Corrie Lee Bin Abdullah dan usrah nurani bersama penghuni. Turut hadir sama ialah Penguasa Penjara Tuan Nordin Bin Mohd Nor, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Encik Saipolyazan Bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor. Seramai 300 orang banduan telah menyertai program ini.