| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Pegawai Kanan Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting Tahun 2019

Pada 20 November 2019 (Rabu), Kelab Pegawai Kanan telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan 4 orang pegawai kanan yang berpindah ke institusi lain iaitu PP Amir bin Abidin yang berpindah ke Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, IP Mohammad Firdaus bin Hassan yang berpindah ke Penjara Sungai Petani, Kedah, IP Muhammad Dazuki bin Mustafar yang berpindah ke Penjara Sungai Buloh, Selangor, dan SP Zabidin bin Puteh Ariffin yang berpindah ke Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuala Kangsar, Perak serta 2 orang pegawai kanan yang berpencen iaitu SM Othman bin Husin dan SM Dzulkarnain bin Haji Haron. Majlis diadakan di Dewan Tasik Indah 1, Hotel Seri Malaysia, Taiping dan dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Institusi PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah Institusi PP Harun bin Awang serta barisan pegawai-pegawai kanan institusi ini. Turut menghadiri majlis adalah Pengerusi Persiap Institusi Puan Siti Sakinah binti Mohd Kaflee, Naib Pengerusi Persiap Institusi, Puan Mursyidah Atikah binti Abdul Wahid serta barisan isteri pegawai-pegawai kanan institusi ini. Majlis diteruskan dengan ucapan pengarah mewakili seluruh wargakerja institusi ini menyampaikan ucapan terima kasih di atas segala sumbangan pegawai yang dirai bagi meningkatkan mutu kerja di institusi ini. PP Amir bin Abidin mewakili semua pegawai yang dirai bagi menyampaikan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada semua pegawai kanan yang bertugus lumus untuk mengadakan majlis ini. Sumbangan khas institusi diserahkan kepada barisan pegawai yang dirai oleh Pengarah Institusi dan Pengerusi Persiap Institusi.