| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Stres Peringkat Kakitangan Tahun 2019

Pada 20 November 2019 (Rabu), Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Latihan Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan kursus pengurusan stres di Bukit Larut, Taiping yang bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang mempunyai pengetahuan terhadap stres di tempat kerja serta faktor-faktor penyumbang stres serta proaktif dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam mengendalikan tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kursus ini melibatkan seramai 14 orang peserta yang di pilih berdasarkan penilaian DASS21 yang mempunyai skor sekurang-kurangnya sederhana pada dimensi stres. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus adalah senaman regangan, pendakian bukit larut, latihan dalam kumpulan, ceramah tips pengurusan stres serta Art Therapy. Kursus ini juga turut melibatkan kakitangan daripada Penjara Taiping.