| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni 1441H Anjuran Bersama PPA Machang Dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Pada 20 November 2019 (Rabu) bersamaan 23 Rabiulawwal 1441H, Unit Pemulihan bersama Unit Agama Islam telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat penghuni dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan bertempat di Surau Al-Hidayah melibatkan seramai 400 orang penghuni. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah PPA Machang, PKK Mohd Shukri bin Harun. Majlis diteruskan dengan Ucapan dan amanat oleh pengarah YADIM Negeri Kelantan Mejar (B) Zaidi bin Abd. Halim. Seterusnya ceramah oleh Y.Bhg. Ust.Nik Azam bin Nik Wajis pakar motivasi dan penceramah bebas. Majlis diteruskan dengan penyampaian tokoh maulidur rasul penghuni 1441H dan diakhiri dengan selawat beramai-ramai keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.