| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Pameran Terapi Seni Jabatan Penjara Malaysia Oleh Tyt Yang Di-Pertua Negeri Melaka Di Muzium Penjara Malaysia Melaka

14 November 2019 (Khamis) –  Bertempat di Muzium Penjara Malaysia buat pertama kalinya telah diadakan Pameran Terapi Seni Jabatan Penjara Malaysia yang dirasmikan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 14 November 2019 (Khamis). TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob Yang di-Pertua Negeri Melaka telah disambut oleh YBhg. KJP Dato’ Seri Haji Zulkifli Bin Haji Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan TKJP (Keselamatan & Koreksional) dan Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak TKJP (Pemasyarakatan). Pameran ini telah dianjurkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling Ibupejabat Penjara Malaysia dengan kerjasama Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara tetamu jemputan yang hadir semasa perasmian ialah Speaker Kerajaan Negeri Melaka, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan (mewakili Ketua Menteri Melaka), Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar,Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan & Koreksional, Timbalan Ketua Pengarah Pemasyarakatan, Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Ketua-Ketua Institusi Penjara Malaysia, Ketua Jabatan Persekutukan & Negeri, Ketua Jabatan Negeri Melaka dan jemputan-jemputan luar. Program ini bertujuan untuk mempamerkan hasil seni yang diolah daripada program terapi seni yang dijalankan oleh Pegawai Psikologi Jabatan Penjara Malaysia.