| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jom Pi Sekolah Penjara Seberang Perai Dan Persiap Bersama YB

Pada 22 Disember 2019 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Program Jom Pi Sekolah Penjara Seberang Perai Dan PERSIAP Penjara Seberang Perai Bersama YB Dr. Amar Pritpal bin Abdullah, Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Sungai Bakap. Program bermula seawal jam 8.40 pagi dengan acara E-Sports seperti Mobile Legends Bang Bang, Fifa 2019, Tekken 7, dan E-kuiz (Kahoot) yang disertai oleh anggota, kakitangan dan anak-anak Penjara Seberang Perai yang telah di sempurnakan oleh PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Susunatur program diteruskan lagi pada sebelah petang bermula jam 2.00 petang dengan sesi pengesahan pendaftaran sumbangan peralatan sekolah dan pertandingan gubahan sejadah yang disertai (7) kumpulan dan pertandingan mewarna yang disertai seramai (69) orang anak-anak. Perasmian penutupan Program Jom Pi Sekolah Penjara Seberang Perai Dan PERSIAP Penjara Seberang Perai Bersama YB telah disempurnakan oleh YB Dr. Amar Pritpal bin Abdullah, Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Sungai Bakap dan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan yang dianjurkan, penyampaian sumbangan peralatan sekolah, penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan minum petang.