| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Program Persijilan Logistic And Chain Supply Management Oleh Putra Intellect Internasional College (PIIC)

Pada 18 Disember 2019 (Rabu) bertempat di Dewan Ilmu Penjara Tapah telah diadakan Majlis Perasmian Program Persijilan Logistic And Chain Supply Management Oleh Putra Intellect Internasional College (PIIC). Program ini dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Perak KP Tan Tian Heng, wakil IPPM Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan TKP Dr. Kausalya Dewi A/P Santoo, Pengarah Penjara Tapah TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat, Encik Prakasrao Apparau wakil dari Putra Intellect Internasional College (PIIC) serta seramai 69 orang banduan dan 38 ahli keluarga juga terlibat dalam program ini. Program bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 13.00 tengahari. Program dimulakan dengan beberapa persembahan tarian daripada penghuni. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengarah Penjara Tapah TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat dan ucapan dari wakil Putra Intellect Internasional College (PIIC). Majlis disusuli dengan penyerahan sijil tawaran kepada penghuni yang terlibat. Program diteruskan lagi dengan ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Perak KP Tan Tian Heng. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada KP Tan Tian Heng oleh TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat dan jamuan makan kepada tetamu jemputan, keluarga dan penghuni.