| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sesi Ceramah Sempena Perayaan Krismas 2019 dengan kerjasama Unit Pemulihan, Penjara Seberang Perai dan The Prison Fellowship Malaysia

Pada 19 Disember 2019 (Khamis), Unit Pemulihan (PPI), Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah mengadakan Program Sesi Ceramah Sempena Perayaan Krismas 2019 dengan kerjasama The Prison Fellowship Malaysia bertempat di Dewan Sukan Penghuni dan Pejabat Unit Pemulihan (PPI) Wanita, Penjara Seberang Perai. Seramai (59) orang penghuni lelaki da (20) orang penghuni wanita dikalangan penganut agama Kristian telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh (3) orang tenaga pengajar sukarela daripada pihak The Prison Fellowship Malaysia. Pada akhir program, kakitangan dan penghuni disediakan sedikit jamuan makan tengahari. Sesi penerimaan sumbangan jamuan makan tengahari disempurnakan oleh TPP Liza Binti Ahmad daripada wakil tenaga pengajar sukarela The Prison Fellowship Malaysia. Program ini bertujuan bagi memberi peluang menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak melalui unsur keagamaan.