| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Persiap Peringkat Pusat Koreksional Kamunting

Pada 24 Disember 2019 (Selasa) Jam 8.30 pagi, Persiap Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau Asykirin, Pusat Koreksional Kamunting. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi (PERSIAP) Pusat Koreksional Kamunting, Puan Siti Sakinah Binti Muhammad Kaflee selaku ketua tadarus. Majlis dimulakan dengan tazkirah pagi oleh Ustaz Mohamad Fairulnizam Bin Mazilan, program khatam, bacaan doa selamat, penyampaian sijil dan cenderahati sebagai kenangan. Seramai 44 orang penyertaan terdiri daripada kakitangan dan anggota melibatkan 3 kumpulan tadarus.Program ini bermula pada bulan Oktober 2019 dan akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada kakitangan, anak dan isteri anggota.