| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan (Disember 2019) Peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam

17 Disember 2019 ( Selasa ) ? Perbarisan Bulanan telah berlangsung di perkarangan Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) . Perbarisan diketuai Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor dan diiringi Timbalan Penguasa Penjara Muhammad Faris Bin Rusli. Kemuncak Perbarisan ialah pemakaian pangkat dari Sarjan Penjara ke Pangkat Sarjan Major penjara (TBBK), pemaikaian pangkat dari Koperal Penjara ke Sarjan Penjara (TBBK), Pemakaian Pingat dan Penyerahan Sijil Penghargaan oleh Pengarah PKPA. Mendahului senarai bagi pemakaian pangkat Sarjan Major SM 5535 halil Bin Lani diikuti SM 6753 Mohd Suder Bin Hassan, SM 6761 Roslan Bin Mohamad Noor, SM 6781 Wan Noor Zilan Bin Wan Draman serta SM 7782 Ismail Bin Ahmad. Seterusnya pemakaian pangkat Koperal ke Sarjan Penjara didahului oleh SP 16884 Mohd Iskandar Bin Mohd Noor, SP 16890 Ahmad Samuein Bin Muhamad dan diakhiri oleh SP 16894 Mohd Syahril Fazlizam Bin Mohd Hatta. Bagi Pemakaian Pingat Setia Penjara dianugerahkan kepada SP 9500 Shamsuri Bin Ayob dan Pingat Bakti Penjara dianugerahkan kepada SP 16884 Mohd Iskandar Bin Mohd Noor, Kpl 17941 Muhammad Ridzuan Bin Yunus dan mengakhiri senarai Kpl 15735 Zahiri Amin Bin Musah. Bagi penerima Sijil Penghargaan ialah Ustaz Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi, Ustaz Muhammad Fadhil Bin Baidawi dan Encik Ahmad Ariff Affendi Bin Hamzah.