| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Jenazah, Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Kursus Pengurusan Jenazah, Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Selasa, 17 Disember 2019 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1441H di Surau Diri Jumaat (SDJ) Al-Hidayah Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ceramah Fiqh Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Abdul Raqib bin Mohd Yusop, Pegawai Agama Penjara Taiping. Para penghuni juga turut dilatih melakukan praktikal memandikan jenazah, mengkafankan jenazah dan mendirikan solat jenazah. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Ketua Unit Agama Penjara Taiping kepada pencemarah. Seramai 61 orang banduan terlibat dalam program ini.