| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sukan Banduan Peringkat Banduanita Anjuran Seksyen Pemulihan Dan Rawatan (PPI) Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 04 dan 05 Disember 2019, bertempat di perkarangan Penjara Wanita Penjara Sungai Udang telah diadakan Program Sukan Banduan peringkat penghuni banduanita anjuran Seksyen Pemulihan dan Rawatan (PPI) Penjara Wanita. Seramai 200 orang banduanita telah mengambil bahagian di dalam 5 acara sukan indoor (congkak, batu seremban, dam haji, karom dan musical chairs) dan 5 acara sukan outdoor (bola pingpong dalam sudu, lari ikat kaki, belon berair, isi air dalam botol dan face the cookies). Upacara perasmian penutup telah dilaksanakan oleh PKK Faridon bin Md Saad (Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang). Turut hadir, En. Lokmanul Hakim bin Hamid ( Pegawai Psikologi) Gred S44, PP Mohd Ismawi bin Sulong dan TPP Sazeli bin Mohd Noor (Pegawai Pemulihan). Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan banduan, melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama,bertanggungjawab dan memupuk keyakinan agar tidak putus asa dalam diri.