| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Apresiasi Puisi 'Gema Tirai Besi' Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan

Pada 12 Disember 2019, telah diadakan Program Apresiasi Puisi  'Gema Tirai Besi' Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang, Melaka. Program telah dirasmikan oleh Komisioner Penjara Datuk Abdul Aziz bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka). Turut hadir, Timbalan Komisioner Penjara Mohd Muslih bin Mohamud (Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling IPPM), Puan Norhafizah binti Mohamed Husin (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan), Penolong Kanan Komisioner Faridon bin Md Saad (Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang), Encik Jai Yusoff (wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka. Program ini menggabungkan persembahan puisi tradisional, deklamasi puisi dan apresiasi puisi oleh penghuni dan kakitangan institusi. Program ini juga bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat berkarya dalan kalangan kakitangan dan penghuni.