| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Tahunan Pusat Koreksional Bintulu Tahun 2019

Pada 12 Disember 2019 (Khamis), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Acara Penutupan Karnival Sukan Tahunan Tahun 2019 bertempat di padang bola sepak Pusat Koreksional Bintulu. Pelbagai jenis sukan telah dipertandingkan sepanjang karnival sukan ini berlangsung diantaranya ialah bola sepak, bola tampar, futsal, sepak takraw, ping pong, petanque, dan tarik tali bermula bulan Januari sehingga Disember 2019 dengan melibatkan semua kakitangan yang telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Pada acara penutupan tersebut, sukan terakhir yang dipertandingkan ialah sukan tarik tali. Juara keseluruhan karnival sukan ini telah membawa pulang hadiah berupa medal, piala pusingan, dan piala iringan. Acara penutupan juga telah dihadiri dan disempurnakan oleh PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu. Acara telah bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 6.15 petang.