| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang

Pada 11 Disember 2019 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang bagi tahun 2019 bertempat di NU Hotel, Bintulu. Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan dan menghargai jasa beberapa orang kakitangan yang telah berpindah ke institusi lain dan juga memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Pelbagai anugerah telah diberikan pada malam tersebut diantaranya ialah Tokoh Sukan 2019, Most Committed Award 2019, Most Excellent Award 2019 dan Anugerah Khas kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat Koreksional Bintulu di atas kejayaan mereka mendapat pengiktirafan 3 bintang dalam Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards 2019 (SCSICA) baru-baru ini. Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang tetamu jemputan daripada pelbagai agensi diantaranya Imigresen, Polis, Mahkamah, Maritim, Prison Fellowship, dan Hikmah. Majlis telah dimulakan pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.