| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kem Jati Diri Dan Smart Solat Penjara Taiping

Pada 3 hingga 4 Disember bertempat di Kem K Damai, Batu Kurau Perak telah diadakan Kem Jati Diri Dan Smart Solat yang telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dan AKRAB Penjara Taiping. Kem ini juga turut dianjurkan bersama antara Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting. Peserta yang terlibat terdiri daripada kalangan anak-anak kakitangan Penjara Taiping yang berumur 9 -15 tahun melibatkan seramai 45 orang peserta. Kem ini diadakan bertujuan melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan di akhirat serta insan yang bertaqwa kepada Allah mestilah didedahkan kepada mereka tentang aspek kecekalan , jati diri dalam menerapkan ciri-ciri anak soleh dan diterapkan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi . Antara pengisian yang dijalankan termasuklah ceramah jati diri, latihan dalam kumpulan, ikhtiar hidup dan tatacara solat dan berwuduk dengan sempurna. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Taiping PKK Mohd Farid Bin Kassim.