| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Taklimat Dan Temuduga Kemasukan Pelajar Baru Ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Rembau, Negeri Sembilan

Pada 11 Disember 2019 (Rabu), seramai 15 orang pegawai dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan satu sesi taklimat serta temuduga terbuka bagi pengambilan baru pelajar ke IKTBN Chembong bagi sesi kemasukan Januari 2020. Seramai 117 orang penghuni telah tersenarai untuk di temuduga bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan dibiayai penuh pengajian semasa di IKTBN oleh Kementerian Belia dan Sukan. Program yang ditawarkan dibahagi kepada dua iaitu peringkat diploma bagi lepasan SPM dan Sijil Kemahiran ( SKM Tahap 1, 2 dan 3).