| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Kursus Light Strike Force Dan Control And Restrain Bagi Unit Kawalan Dan Pencegahan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 26 November 2019 (Selasa), Unit Latihan institusi telah merangka satu kursus khas untuk Unit Kawalan dan Pencegahan institusi ini iaitu Kursus Light Strike Force Dan Control And Restrain selama tiga hari yang bermula dari 26 hingga 28 November 2019. Kursus ini telah dikendalikan seramai tiga pegawai dari Unit Trup Tindakan Cepat (TTC) yang diketuai oleh TPP Yusli Bin Yusof dan dibantu oleh Sarjan Aswad Bin Saad. Objektif kursus ini dijalankan bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta pendedahan kepada anggota pengalaman lansung menghadapi keadaan tegang seperti mogok lapar, rusuhan dan penahanan tebusan. Selain itu, melatih anggota berhubung layanan yang ditetapkan mengikut Standard Operation Prosedur (SOP) Jabatan Penjara Malaysia di dalam sebarang situasi tegang. Pengisian kursus ini yang berlangsung selama tiga hari ialah taklimat pengenalan, latihan kawad LSF, pelajaran teknik sentap dan CNR yang betul dan seterus simulasi LSF (Rusuhan) yang dilakukan di blok penempatan penahanan. Majlis penutupan kursus telah dilakukan pada hari terakhir kursus yang dirasmikan oleh PP Haji Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.