| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bagi Bulan Disember 2019 Dan Pemakaian Pangkat Peringkat Penjara Bentong Pahang

Perbarisan Bulanan Kompleks Penjara Bentong bagi bulan Disember 2019 dan Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan pada 11 Disember 2019 (Rabu) bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong bermula jam 7.00 pagi. Pemakaian pangkat terdiri daripada 6 Pegawai Penjara KA 24, 3 Pegawai Penjara KA22 (TBBK) dan 5 pegawai penjara KA20 (TBBK). Majlis telah disempurnakan oleh YH TKP Dato’ Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir PKK Mohamad bin Ismail serta Pegawai Kanan Penjara Bentong. Perbarisan pada kali ini diketuai oleh TPP Mohamad Hasnor Bin Abd. Hamid.