| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen Di Penjara Pokok Sena,Kedah

Pada 30 Jun 2020 (Selasa) ? Jabatan Penjara Malaysia telah memberi peluang kepada banduan yang layak bersama keluarga melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen ( PBSL ). Melalui program ini, banduan akan dilepaskan dengan syarat-syarat tertentu selama tujuh (7) hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut. Seramai empat (4) orang banduan dari Penjara Pokok Sena, Kedah telah mendapat kelulusan untuk diberikan Pelepasan Banduan Secara Berlesen ( PBSL ).Keempat-empat banduan tersebut merupakan banduan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena ini. Antara syarat utama untuk mengikuti Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen ( PBSL ) ini adalah persetujuan dari pihak keluarga, mengikuti program pemulihan dengan baik dan banduan telah menjalani hukuman Penjara tidak kurang daripada 4 tahun dan telah berada di Peringkat 4 . Pelepasan empat (4) orang banduan yang mengikuti Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen ( PBSL) ini telah dilakukan pada jam 10.00 pagi oleh PKP Navinderjit Singh AL Savinder Singh, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah,seterusnya banduan akan diserahkan kepada keluarga masing-masing. PKP Navinderjit Singh AL Savinder Singh turut memberi amanat kepada banduan dan keluarga agar mereka menghargai masa serta peluang yang diberikan sebaik mungkin dan menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa mereka mampu berubah dan diterima semula oleh keluarga serta masyarakat.