| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyampaian Sumbangan Khatam Al-Quran 1441H kepada Penghuni Penjara Taiping

Majlis Penyampaian Sumbangan Khatam Al-Quran 1441H kepada Penghuni Penjara Taiping Majlis Penyampaian Sumbangan Khatam Al-Quran 1441H kepada Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 21 Mei 2020 di SDJ Al-Hidayah, Penjara Taiping. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan penghuni-penghuni yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1441H yang diadakan sepanjang Ramadan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Taiping, PKK Mohd Farid bin Kassim kepada Ketua-ketua Kumpulan Tadarus Al-Quran Penghuni. Tuan Pengarah juga turut menyerahkan Moque-Cheque Zakat Fitrah Penghuni Islam Penjara Taiping kepada Ketua Amil Zakat Fitrah Penjara Taiping, Sjn.12902 Abdul Raqib bin Mohd Yusop yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM 2,170.00.