| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tadarus Al-Quran 1441H Penghuni Penjara Taiping

Program Tadarus Al-Quran 1441H Penghuni Penjara Taiping telah dilaksanakan bermula hari Jumaat, 24 April 2020 bersamaan 01 Ramadan 1441H sehingga 21 Mei 2020 bersamaan 28 Ramadan 1441H. Program tadarus ini merupakan program tahunan bagi penghuni Penjara Taiping dan pada tahun ini ianya telah dilaksanakan pada setiap hari selama 28 hari sepanjang bulan Ramadan 1441H. Ianya dilaksanakan secara berkumpulan yang diketuai oleh seorang Naqib yang dilantik serta dipantau oleh pegawai-pegawai Unit Agama Penjara Taiping. Pada tahun ini, seramai 95 orang penghuni yang terdiri daripada semua peringkat serta mahir membaca Al-Quran telah terlibat dalam program ini dan dapat mengkhatamkan sebanyak 2 kali khatam pada akhir program.