| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri Ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu

Pada 24 Julai 2020 (Jumaat), jam 0900 pagi, YB Tuan Jonathan Yasin, Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Ketibaan beliau di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan disambut oleh pegawai-pegawai kanan Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Hadir bersama dalam lawatan kerja beliau ialah YBhg Dato' Abd Aziz bin Abd Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), YBhg Dato' Musa bin Sulaiman (Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah & Rela KDN), YBrs. KP Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, YBhg Datuk Haji Suria bin Haji Idris (Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan), YDH PKK Rosman bin Norman@Normin (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan) dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Timbalan Menteri Dalam Negeri telah diberikan taklimat ringkas mengenai pengoperasian dan cabaran institusi penjara khususnya di Negeri Sabah. Beliau juga turut diberikan taklimat mengenai Program Pemulihan Dalam Komuniti Jabatan Penjara Malaysia, sebelum beliau membuat lawatan kerja di Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu dan seterusnya di Institusi Penjara Pusat Kota Kinabalu.