| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Sumbangan Mushaf Alquran Dan Kurma Dari Kedutaan Kerajaan Arab Saudi

Majlis Penyerahan Sumbangan Mushaf Alquran Dan Kurma Dari Kedutaan Kerajaan Arab Saudi telah diadakan pada hari Isnin, 20 Julai 2020 di Pejabat Kedutaan Keajaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Syeikh Abdul Rahman Al-Rubaian, Penasihat Agama Kedutaan Keajaan Arab Saudi di Malaysia, kepada Pegawai Unit Agama Penjara Kajang yang diwakili oleh Al-Fadhil Ustaz Hassan Albanna dan Ustaz Mohd Khalil Abdullah. Turut serta adalah Al-Fadhil Ustaz Jaafar Bin Soleh yang merupakan penceramah jemputan Penjara Kajang. Sebanyak 100 buah mushaf Al-Quran terjemahan pelbagai bahasa dan 200 kilogram kurma telah disumbangkan oleh pihak Kedutaan Kerajaan Arab Saudi kepada penghuni Penjara Kajang.