| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

SHG Telok Mas Melaka Terima Sijil Penghargaan daripada Jabatan Otorinolaringologi Hospital Melaka

Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima Sijil Penghargaan atas sumbangan khidmat bakti terhadap frontliner Covid-19 2020. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Datok Dr.(MR) Haji Abd Razak Bin Haji Ahmad, Ketua Jabatan Otorinolaringologi Hospital Melaka kepada PKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka yang turut menyerahkan 500 pakaian pelindung diri (PPE) yang dihasilkan oleh kakitangan dan penghuni disini.