| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bagi Bulan Julai 2020 Dan Pemakaian Pangkat Dan Pingat Peringkat Penjara Bentong Pahang

Perbarisan Bulanan Kompleks Penjara Bentong bagi bulan Julai 2020 dan Majlis Pemakaian Pangkat dan Pingat telah diadakan pada 8 Julai 2020 (Rabu) bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong bermula jam 7.00 pagi. Pemakaian pangkat dan pingat terdiri daripada 1 Pegawai Penjara KA24 dinaikkan pangkat ke Pegawai Penjara KA26 dan 43 pegawai menerima pingat. Majlis telah disempurnakan oleh YH KP Dato' Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang. Turut hadir YH TKP Dato' Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, PKK Mohamad Bin Ismail serta Pegawai Kanan Penjara Bentong. Perbarisan pada kali ini diketuai oleh TPP Khalid Bin Mohamad Yusoff.