| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat & Pingat Komisioner Jeneral Penjara serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 Penjara Negeri Pulau Pinang

Pada 06 Julai 2020 (Isnin) telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat & Pingat Komisioner Jeneral Penjara serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 di Seameo Hall, Recsam. Majlis tersebut di rasmikan oleh YBhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Antara penerima terdiri daripada (2) orang pemakaian pangkat, (10) orang penerima pingat dan (29) orang penerima APC 2019. Antara tetamu jemputan pada majlis tersebut ialah KP Ibrisam Bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Puan Kamisah Bt. Che Daud, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, TKP Roslan Bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Zulkifli Bin Abdul Manah, Pengarah Seberang Perai, Pengerusi Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (Expoam), Pengerusi Hakim Pelawat dan Majikan di bawah Program Corporate Smart Internship (CSI).