| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019, Pemakaian Pangkat Dan Pingat

25 Jun 2020 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019, Pemakaian Pangkat dan Pingat Peringkat Institusi Penjara Negeri Melaka yang disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Majlis ini merupakan satu norma baharu dengan mematuhi Standard Operation Procedure (S.O.P) yang di keluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Sesungguhnya penganjuran majlis seumpama ini dapat mendorong semua lapisan pegawai dan kakitangan intitusi untuk sentiasa berusaha memberikan komitmen yang terbaik bagi mencapai hasil kerja yang cemerlang di tempat kerja dan Jabatan Penjara Malaysia amnya.