| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Dan Praktikal Berwudhuk Menggunakan Air Dalam Botol Peringkat Penghuni Penjara Taiping 2020

Ceramah Dan Praktikal Berwudhuk Menggunakan Air Dalam Botol Peringkat Penghuni Penjara Taiping 2020 telah diadakan pada hari Khamis, 04 Jun 2020 di Dataran Kedamaian, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ceramah berkaitan Wudhuk dan Bersuci yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Khalil bin Abdullah, Ketua Unit Agama Penjara Taiping dan Sesi Soal Jawab bersama penghuni. Sesi Praktikal Berwudhuk telah dibimbing oleh Sjn.13716 Buhori bin Mohaiddin, Pembantu Guru Agama, Penjara Taiping. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada para penghuni agar dapat melaksanakan solat pada setiap waktu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi yang melibatkan seramai 200 orang penghuni.