| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Sempena Sambutan Awal Muharam 1442H Peringkat Kakitangan Penjara Limbang Bagi Tahun 2020

Pada 19 Ogos 2020 (Rabu) bersamaan 1 Muharam 1442H telah diadakan Program Ceramah Sempena Sambutan Awal Muharam Peringkat Kakitangan Penjara Limbang Sarawak di Surau Asma?ul Husna, Penjara Limbang. Seramai lebih kurang 60 orang kakitangan dan ahli keluarga hadir semasa program tersebut diadakan. Aturcara program dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun Hijrah dan disusuli dengan solat fardhu Maghrib berjemaah serta bacaan doa awal tahun hijrah. Ceramah bertajuk "Sirah Peristiwa Hijrah Baginda Nabi Muhammad SAW" telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Malek Bin Deni dari Jabatan Pendidikan Bahagian Limbang. Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan telah disampaikan oleh TPP Hasbullah Bin Berahim selaku Naib Pengerusi Surau. Program diteruskan dengan solat fardhu Isyak berjemaah dan jamuan makan malam.