| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Dan Pingat Kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pada 16 Ogos 2020 (Ahad) bertempat di Dewan Bunga Raya, PPA Machang, Kelantan telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Pangkat serta Pingat. Seramai 17 orang telah menerima kenaikan pangkat dan 36 orang lagi menerima pingat. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PPA Machang, PKK Mohd Shukri bin Harun. Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah daripada pihak pengurusan PPA Machang diucapkan kepada semua penerima. Semoga semua warga PPA Machang terus maju dalam karier pada masa hadapan.