| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Tamat Latihan Kursus Pra Asas Pengurusan Penjara Peringkat Penjara Negeri Sembilan

05 Ogos 2020 (Isnin) bertempat di Dataran Kawad Penjara Seremban telah berlangsung Majlis Tamat Latihan Kurus Pra Asas Pengurusan Penjara Peringkat Penjara Negeri Sembilan. Seramai (30) orang pelatih selesai menjalani Kursus Pra Asas bermula 01 Julai 2020 sehingga 05 Ogos 2020 di institusi masing-masing. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan diiringi oleh PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Seremban. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu PP Mohd Sapudin bin Said. Majlis diteruskan dengan persembahan Kawad Formasi, persembahan SENTAP dan penyampaian Sijil dan Anugerah Pelatih Akademik Terbaik, Pelatih Kawad Terbaik dan Pelatih Keseluruhan Terbaik.