| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ibadah Korban Institusi Pusat Koreksional Bintulu

Pada 1 Ogos 2020 (Sabtu) bersamaan 11 Zulhijjah 1441 H, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Program Ibadah Korban seekor lembu yang telah diadakan di perkarangan Kuarters Rafflesia. Program ini telah disertai seramai dua puluh lima (25) orang kakitangan yang turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith. Aktiviti dimulakan dengan penyembelihan lembu korban dengan tanggungjawab menyembelih telah diberikan kepada Ustaz Wan Sulaiman bin Wan Maulana daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Bintulu diikuti aktiviti melapah dan memotong daging. Daging yang telah dipotong telah diagihkan dan disumbangkan kepada kakitangan muslim Pusat Koreksional Bintulu. Aktiviti ibadah korban ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.