| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ibadah Qurban Peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman Tahun 2020

 

Pada tarikh 03.08.2020 bertempat di Kawasan Penjara Pusat Sri Aman telah diadakan Aktiviti Ibadah Korban sempena Aidiladha Peringkat kakitangan Penjara Pusat Sri Aman Tahun 2020. Anggota yang terlibat dengan berdasarkan SOP yang telah di tetapkan.
-22 orang petugas dalam kerja-kerja penyembelihan, pelapah, pemotongan, penimbang & pembungkus.

Selesai kerja-kerja penyembelihan, daging yang korban telah deserahkan untuk diagihkan kepada 25 orang fakir miskin sekitar Sri Aman dan selebihnya kepada kakitangan Penjara Pusat Sri Aman.

Langkah-langkah keselamatan semasa program dijalankan telah dipatuhi di mana setiap kakitangan yg terlibat diperiksa suhu badan serta menggunakan penutup hidung/mulut, sarung tangan dan memastikan penjarakan sosial sentiasa diamalkan.

Antara matlamat program ini ialah melahirkan Modal Insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersesuaian dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Dan antara Objektif Program ini ialah mewujudkan keinsafan kepada kakitangan/anggota, Melahirkan kakitangan/anggota yang bekerjasama, Memperingatkan semula kakitangan/anggota kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Mengekalkan semangat yang jitu cintakan Agama Islam.