| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Sembilan

Pada 13 Oktober 2020 (Selasa), bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Sembilan. Majlis dihadiri oleh YDH PKK Abdul Rahman Bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Seremban, PKP Shahrom bin Mohamed, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, dan PP Wan Rosli bin Dollah, PYM Pusat Reintegrasi Penghuni, Kem Syed Sirajuddin Gemas. Antara pengisian program ialah bacaan ikrar jabatan dan ikrar integriti yang diketuai oleh KIP Ismadi bin Ismail Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Jempol, majlis pemakaian pangkat, penyampaian sijil kepujian dan sijil penghargaan daripada Jabatan Penjara Malaysia. Pengarah Penjara Negeri juga telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua kakitangan Penjara Negeri Sembilan.