| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ceramah Khas Maal Hijrah Peringkat Penghuni 1442/2020 Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pada 17 September 2020 (Khamis) bersamaan 22 Muharram 1442H, Unit Agama Islam bersama Unit Pemulihan telah menganjurkan Ceramah Khas Maal Hijrah 1442H peringkat penghuni melibatkan seramai 100 orang penghuni. Aturcara majlis dimulakan dengan ceramah maal hijrah oleh Al-Fadhil Ust. Mokhtar bin Yaakob penceramah tetap Radio Kelantan FM dan pendakwah bebas yang bertajuk ?Hijrah Neraka?. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah, penyampaian zakat pendapatan TJ Enterprise Kepada saudara baru dan penanugerahan tokoh maal hijrah tahun 1442H yang telah disempurnakan oleh PP Mohd Rusli bin Abd Rahman Timbalan Pengarah PPA Machang. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.