| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-230 peringkat Pusat Koreksional Bintulu

Pada 9 September 2020 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-230 peringkat Pusat Koreksional Bintulu. Majlis sambutan pada kali ini dimulakan dengan perhimpunan pada sebelah pagi yang turut diadakan pemakaian pangkat dan pingat kakitangan serta disusuli dengan aktiviti gotong royong di seluruh kawasan penjara. Pada sebelah petang telah diadakan pertandingan pelbagai jenis sukan seperti sepakan bersasar, petanque kategori berpasukan lelaki dan perseorangan wanita, ping pong, pertandingan mewarna kanak-kanak serta diakhiri dengan majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu.