| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Perdana Awal Muharam, Penjara Kajang

Pada 10 September 2020 Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Ceramah Perdana Awal Muharam. Penceramah jemputan yang diundang ialah Alfadhil Ustaz Mohd Riduwan Hj Jamaluddin yang merupakan Imam Besar Masjid Al Amaniah Gombak, Selangor. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat oleh penghuni Penjara Kajang dan diikuti dengan ceramah Maal Hijrah. Seramai 120 orang banduan telah terlibat dalam majlis ini. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan telah disampaikan oleh TPP Shollehin Bin Dahari.