| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Kluang, Johor

Pada 14 September 2020 (Isnin), bertempat di Rumah Kelab Penjara Kluang, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Kluang. TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid yang berpindah ke Pejabat Penjara Negeri Melaka sebagai Pengarah Penjara Negeri Melaka menyerahkan tugas kepada kepada TKP Wan Ramzan Bin Wan Ahmad, dengan disaksikan oleh KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir dalam majlis tersebut PKK Kamarul Alam Bin Taib Timb. Pengarah Penjara Kluang, PKP Kalbin Mohd Said Pengarah Pusat koreksional Johor Bahru, PP Azmi Bin Mahat Wakil Pengarah Penjara Simpang Renggam, Pengerusi PERSIAP Negeri Johor, Pengerusi PERSIAP Negeri Melaka, Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang, pegawai kanan, anggota, kakitangan Penjara Kluang, dan AJK PERSIAP Penjara Kluang.