| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Lambaian Kasih Sesaat Bersama, Seabad Terasa Bersama YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan

Pada 11 September 2020 (Jumaat) bertempat di Ball Room 2 Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Lambaian Kasih Sesaat Bersama, Seabad Terasa Bersama YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan. Majlis dimulakan dengan selawat dan persembahan Nasyid daripada kumpulan Nasyid Nawarastu Penjara Seremban. Majlis diteruskan dengan Slot "Sejambak Mesra Ditutur, Setulus Ingatan Mengimbau Kenangan" bersama YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, PKK Abd. Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Seremban, Puan Zakiah binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Seremban dan Ketua Institusi Penjara Negeri Sembilan serta Tuan Haji Ahmad Zaini bin Abu Hassan, Pengerusi EXPOAM Negeri Sembilan. Majlis diakhiri dengan persembahan Puisi daripada TPP Mohamad Nazeff bin Mohamed Mazelan dan sesi bergambar.