| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bantuan Bencana Banjir Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Kepada Anggota Dan Kakitangan

Pada 14 September 2020 (Isnin) jam 3.00 petang, PKK Hj.Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bersama-sama PP Liza binti Ahmad dan IP Nor Amizatulakma binti Ismail, wakil PERSIAP institusi telah meluangkan masa selama (2) jam menyantuni dan menyampaikan sumbangan daripada institusi dan PERSIAP bagi meringankan beban yang ditanggung selepas rumah mereka dilanda banjir kepada (4) keluarga anggota dan kakitangan yang menjadi mangsa banjir di kawasan Sungai Duri . Pengarah dan wakil PERSIAP turut meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi dengan mangsa banjir serta turut memberikan kata- kata semangat kepada anggota dan kakitangan serta ahli keluarga terlibat.