| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Karnival Pendidikan Korektif Bagi Pertandingan Koakademik Dan Tangan Emas Serta Kejohanan Olahraga Dan Permainan Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney Tahun 2020 Pusat Koreksional Puncak Alam

2 dan 3 September 2020 (Rabu - Khamis) - berlangsung Karnival Pendidikan Korektif bagi Pertandingan Koakademik dan Tangan Emas serta Kejohanan Olahraga dan Permainan Sukan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney tahun 2020 yang telah dirasmikan oleh Penolong Komisioner Penjara (PKP) Amer Shariffudin bin Mat Noor, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Turut hadir dalam karnival tersebut iaitu En. Azhan bin Anuar, Ketua Sektor Akademik , Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, penyelia sekolah serta wakil juri dan pemerhati bagi Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Bagi Karnival Pendidikan Korektif sebelum ini semua wakil pelajar dari Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney akan berkumpul untuk menjayakan karnival ini, Namun begitu, susulan dengan penularan pandemik covid19 ini serta pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta prosedur yang ditetapkan bagi menjamin kesihatan dan keselamatan penghuni, segala panganjuran Karnival Pendidikan Korektif kali ini dipertandingkan di setiap institusi masing-masing yang diadili oleh juri yang telah dilantik. Segala markah yang dipertandingkan di setiap institusi akan diselaraskan semula oleh pihak pengurusan sektor pendidikan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia untuk menentukan kemenangan setiap acara yang di pertandingkan.

Bagi hari pertama, sebanyak 6 kategori dipertandingkan dalam Pertandingan Koakademik iaitu, Tilawah Al-Quran, Tazkirah, Usahawan Muda, Pidato Bahasa Inggeris, Pidato Bahasa Melayu serta Nyanyian (Solo/Berkumpulan/Buskers). Bagi Pertandingan Tangan Emas, sebanyak 3 kategori dipertandingkan seperti Cipta Logo, Puzzle / Cantum Gambar (1000pcs) serta Gubahan Sayur.

Manakala hari kedua karnival ini pula diadakan Kejohanan Olahraga yang melibatkan 5 acara yang dipertandingkan iaitu lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru dan lempar cakera. Bagi acara kecergasan pula, 4 acara yang dipertandingkan iaitu Bleep Test, Jumping Jack, Lompat Jauh Berdiri serta Ringkuk Tubi Separa.