| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memasak Bubur Asyura Sempena Muharram 1442/2020 Penjara Seberang Perai

Pada 03 September 2020 (Khamis) bersamaan 15 Muharram 1442 H bertempat di Perkarangan Surau As-Sakinah, Penjara Seberang Perai telah diadakan Program Memasak Bubur Asyura anjuran bersama Surau As-Sakinah dan PERSIAP Penjara Seberang Perai. Program yang bermula seawal jam 8.00 Pagi telah diadakan secara bergotong-royong bersama Kakitangan dan anggota serta ahli PERSIAP institusi. Program turut disertai PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama Isteri, Puan Azalina binti Abdul Rahman, Pengerusi PERSIAP Institusi, pegawai dan kakitangan serta Jawatankuasa.