Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, penghuni-penghuni yang menjalani hukuman institusi pemulihan Jabatan Penjara juga tidak ketinggalan bersama-sama menghayati pengertian Ramadhan dengan penuh ketakwaan. Pada 7 Ogos 2012 seramai 269 penghuni (orang yang diselia) di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajudin Gemas telah menunaikan tanggungjawab mereka membuat pembayaran zakat fitrah kepada Amil yang dilantik dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kem Sirajudin, Gemas.
|