| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Skype For Business, Penjara Reman Pulau Pinang

Pada 20 April 2020, Penjara Reman Pulau Pinang telah mula melaksanakan sistem "Skype For Business" iaitu perhubungan atas talian yang menggunakan aplikasi "Skype" dimana banduan atau tahanan yang tidak ada perjumpaan atau tidak membuat panggilan "wartel" kepada keluarga diberikan peluang untuk menggunakan kemudahan ini. Ini merupakan insiatif Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Reman Pulau Pinang khususnya bagi memberi kemudahan perjumpaan secara bersemuka melalui aplikasi Skype dengan keluarga banduan dan tahanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengganti perjumpaan biasa. Tempoh panggilan selama 15 minit diperuntukan dan dipantau oleh pegawai yang bertugas.