Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Zon Tengah Tahun 2013 telah diadakan pada 15 - 16 Mei 2013 bertempat di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson. Penjara Kajang telah dilantik sebagai penyelaras bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Zon Tengah bagi tahun ini. Sebanyak tujuh institusi Zon Tengah menyertai konvensyen pada tahun ini. Majlis Perasmian Penutupan Dan Penyampaian Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Y.S KPj Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan).
KATEGORI TEKNIKAL Johan - EVOLUSI II PERKASA (Penjara Sg Buloh) Naib Johan - MYQ (Penjara Kajang) Ketiga - RODA (IPD Jelebu) KATEGORI PENGURUSAN Johan - PALM-PRI (Penjara Tapah) Naib Johan - KREATIF (Penjara Wanita Kajang) Ketiga - KINTA (PPA Batu Gajah)
|