| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Muhibah AADK Barat Daya Pulau Pinang Ke SHG Telok Mas

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Barat Daya Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka pada 27 Disember 2017 (Rabu). Delegasi lawatan diketuai En Muhammad Asraf Bin Ahmad, Ketua Pegawai AADK  Barat Daya bersama 13 orang pegawai AADK. Tujuan program lawatan diadakan adalah untuk melihat program pemulihan yang dilaksanakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dalam pembentukan sahsiah dan keperibadian penghuni. Turut serta menjayakan program lawatan ini PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas dan TPP Muhamad Hafiz Bin Muhamad Sepian.