| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Mesyuarat Dan Rundingan Akhir Antara Kementerian Dalam Negeri, Malaysia Dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam Berkenaan MoU Dan Tatacara Pemindahan Dan Iringkawal Banduan / Tahanan Antara Negeri-Negeri Sabah Dan Sarawak Melalui Negara Brunei Darussalam & Pemindahan Dan Iringkawal Banduan / Tahanan Negara Brunei Darussalam Melalui Negeri Sabah Dan, Sarawak, Malaysia

Pada 07 Disember 2017 telah diadakan Mesyuarat Dan Rundingan Akhir Antara Kementerian Dalam Negeri, Malaysia Dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam Berkenaan MoU Dan Tatacara Pemindahan Dan Iringkawal Banduan / Tahanan Antara Negeri-Negeri Sabah Dan Sarawak Melalui Negara Brunei Darussalam & Pemindahan Dan Iringkawal Banduan / Tahanan Negara Brunei Darussalam Melalui Negeri Sabah Dan, Sarawak, Malaysia bertempat di Penjara Pusat Miri. Seramai (12) orang pegawai dari Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Rela, Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Negara Brunei Darussalam, Jabatan Penjara Malaysia dan juga Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam terlibat dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk meneliti semula ulasan kedua-dua pihak (KDN Malaysia dan KHEDN Brunei Darussalam) terhadap teks Bahasa Melayu MoU tersebut.