| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Melaka

Pada 01 Disember 2017 bertempat di Stadium Hang Tuah, Melaka sejumlah 123 kontijen yang terdiri daripada badan-badan Bukan Kerajaan, Syarikat Swasta dan Jabatan Kerajaan telah berhimpun bagi menjayakan Program Perarakan Maulidul Rasul 1439H Peringkat Negeri Melaka. Perhimpunan seawal 7.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Hj. Idris Bin Hj.Harun seterusnya merasmikan Program sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Melaka dengan tema ‘ Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’.

Jabatan Penjara Malaysia Negeri Melaka telah menghantar sejumlah 120 orang termasuk pegawai kanan, anggota, ODP (Orang Diparol) dan penghuni Sekolah Henry Guney Telok Mas Melaka. Perarakan kontijen Penjara Negeri Melaka diiringi oleh pasukan kompang dan laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S..A.W yang diketuai oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Perarakan bermula daripada Stadium Hang Tuah Melaka dan berakhir di  Perkarangan Masjid Al-Azim Bukit Palah,  Melaka.