| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kem Persediaan Ke Menara Gading Campstay Sg Lembing, Sg Lembing, Pahang

Pada 25 hingga 27 Januari 2019, bertempat di Campstay Sg Lembing, Sg Lembing, Pahang telah diadakan Kem Persediaan Ke Menara Gading yang dianjurkan oleh Masjid Penjara Bentong, Pahang. Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak kakitangan Penjara Bentong dan Anak-anak kariah Mempaga lepasan SPM, STPM dan STAM hadir untuk menyertai Kem Persediaan Ke Menara Gading ini. Antara Objektif Kem Persediaan Ke Menara Gading ini dilaksanakan adalah untuk Meningkatkan keyakinan diri pelajar serta meningkatkan kemahiran dan kreativiti agar dapat lebih bersedia apabila mereka menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tempoh penganjuran Kem ini. Di antaranya adalah latihan dalam kumpulan, explorace, combat archery dan mendaki Bukit Panorama. Perasmian penutupan Kem Persediaan Ke Menara Gading ini telah dirasmikan oleh YH TKP Dato’ Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong.